Rabu, 8 April 2020

My Question **

Sorry for talking about this issue but i am totally curious!
*spe ii yg ade pndgn bleh share kat bwh ye. Ruangkn komen

Soalan 1
Kenapa perempuan nak kena pkai tudung atas dada, yg tudung ala ii berlubang kt telinga tu?

Soalan 2
Kenapa it is called 'TRENDY' bila pkai tdg atas dada? Bukan ke cantik je pkau tdg warna nude yg ala ii selendang gitu tp tutup dada? Mmg ade law in wearing scarf so it is called trendy? 

Soalan 3
Jap! Aku nak tau. Apa skala seorng wanita tu dh cukup trendy?

Soalan 4
Mcm mne bleh wujudnya trend ii yg 'mengarut' sebenanya? Di manakah asal titik permulaan dia. Tiba ii muncul mcm hantu dlm cite valak tu ha?




Iman Versus Ikhtilat

"I recently start doing this job, waitering! I have to confront with different gender also  and communication between teammates have to done frequently or rarely?"

Aku selama ni sgt pentingkan ikhtilat. Bg aku, aku nak sgt ade hidup yg lain dr org lain which is klu aku jenis xbergaul campur ii so... i am acknowledged to be different ka? Sedangkn dlm islm kita mmg kena wat cam tu. Tp, in an urban years back then, org dh lupakn peraturan muslim n muslimah. Ikhtilat. Org yg jenis xpndi menggauli dgn 'mamat' dikira kolot. Maybe we're just having a really bad and terminal amnesia? Kita lupa yg kita islam, atau mgkin islm must be changed  in accordance with the year we are encountering now, 2020! Yg canggih n super urban gitu yg laa kena pkai tdg serupa pakai bakul berlubg yg berlambak kt umah kita tu haa.

Sorry terlepas cakap pulak na!

Aku xtau mana agi aku nk ckp. Medium apa ye? Fb aku cuma org yg aku kenal je, no ig and youtuber jauh sekali! 
Aku cuma nak cakap yang harga diri kita mahal sangat, kaum hawa! Sebenarnya aku nak bawang psal life aku.

Aku bru buat keja part time nk byar yuran, so aku kena jd waiter jelah. No qualification, graduate dr skolh pon blom agi. Alhamdulillah...

Pastu, aku msok kerja for the first time in forever...hehehhe berlagu plak ye. Aku xtau yg sbenanya aku akn bergnding bahu dgn mamat yg mamat sje. Paham tak? Yeee... i am the only P tp yg lain adelah L yg byak ii tu. Aku xleh imagine yg mula ii aku dh kena shocked maha dhsyat. Allahu... aku harap sgt allah lindung aku. 
First day, rmai yg gak risik kabar dgn aku. New worker lah katakan! Tp seres mcm official punya sidang plak rse. I am the only girl kat tgh ii tu dikelilingi makhluk yg scary. Hehehh... sorry no discrimination here!
Adelah stu mamat ni aku geram gak mulanya sbb dia asyik 'wawancara' aku je pasal paa! Aku ni pkai tudung labuh so aku rse terlindung lah gak sbb kat skolh xde spe berani kacau aku. Alhmdulillah...plus i am no pretty so lgi berencah hidup ala ii ikhtilat aku ni haa. Mula ii aku benci giler bila dy tnye aku. Tp... one thing about this boy( age gap cuma 1thn je) which is bru abis spm last year kan, dia pndi ajak berdiskusi ngan aku. Which is spnjg hidup aku, aku xberani n xpernah nk berbalas ilmu kayak rakan sekumpulan gitu. Dgn boy kau! Aku xtipu dy byak cite psal silat which is tujuannya utk tlong kita n surah ii yg dibaca tu mmg perlu diamalkn. Psal sejarah melayu dulu ii yg kuat sbenanya.  I am amazed and in awe, he is an artist boy in school courses tp pndi almost everything. Siap bacakn surah utk aku! 

Dah 2 ari aku cakp ngan dy. Aku msih cam dulu. Bila dy tnye baru aku jwp n bila dy tnye aku byaknya angguk geleng jelah. Msih awkward tau! Bila aku blek umah, aku xtau ahh rse cam fall in love pon ade tp xboleh.  A big No! 
Nak tau sbb apa? Sbb dy selalu tlong aku, care psal aku. Skit kaki ke n mesti dy utamakn aku dlm byak hal.

When i am starting to feel oddly towards him, like thinking only about him almost everytime bru aku tau yg 2 ari tu aku dh berdosa sbb langgar law iktilat yg aku jage slma ni. Ya allah... baru aku sedar. Dia dtgkn kemanisannya semua benda ni cuma nk uji thp mana aku dpt jaga ikhtilat aku. Ya Allah...blek umah aku cuba xingat dy. Sibukkn diri aku sbb bila seseorg tu dh mulai rindu @cinta, cubalah utk kte lupakn. Bukan SEMBUNYIKAN! 

Spe sje yg baca ni, please! Doakn aku ye. Aku dh xnk rse pape n bila aku keje nanti aku nak alone je mcm sblom ni. Only communicate bila perlu je. 

Doa aku...tlong kaum hawa. Jgn jd cam aku. Beringatlag selalu ye! Allah uji kita syaitan lg menduga kita dgn nafsu kita. Mcm ii gaya... tlonglah tutup aurat kita..itulah kemuliaan kita. Tlong jgn bercampur gaul dgn laki ii sbb benda tu xelok. Jgn beralasankn ukuwah ke ape. Sbb statistik dunia menunjukkn populasi kaum hawa sgt ramai compared dgn laki ii *dont worry byak agi puwe nok kawe saing dgn mung! Percayalah

Please ye! Be an ideal muslimah, so a man in beauty will come knocking your house door when it is fated. Konfem hensem @ kaya @ beriman punya! Insha Allah... jgn lupa tmbh 'IMAN' kat belkg ciri ii tu ye 😆😆

Isnin, 3 Februari 2020

Tangisan emak yang tidak kedengaran

My life isn't as good as you all thought.

My mother always cries every night, but she said it was just a flu.

My father always shrieks everyday to make us move, doing all the chores and homework.

Mak aku yg besarkn aku selama ni, pahitnya dia tanggung seorang diri. Dia sangat tabah!

She let us eat so much we want, but leaving her stomach emptied the whole day..

There, she is! Cuddling a born baby yet it is an add-up burden but no tears rolling down her cheek in front of me.

There are tear, scattered tears that long to be heard and listened yet no one know it is tear she shed every night.

Who am I, Ya allah?
I try my best to toughen my shoulder, lifting all hers to mine.
.
.
But, there are remnants that i cannot move, the remaining that still wound her heart.

Mom, i love you and i know my sacrifices never be as enough as yours to Us!

I am trying, mother! Would you share your sad stories to your rebellious teen?
.
Who could you lean on to no matter how long it takes!
.
I AM YOUR KID, FOREVER AND NEVER APART

Jumaat, 22 November 2019

ADAKAH TANGISANKU ITU BERKALUNG NODA?

"Be grateful...."       
Masih kuingat lagi pesanan Ustazah Sumayyah agar sentiasa bersyukur saat dikurniakan walau sekecil manapun nikmat itu. Sesungguhnya, yang baik bagi orang mukmin itu adalah dengan bersyukur.

Aku bersyukur sekali saat aku masih mampu utuh berdiri di bawah lembayung rahmat dan iradat-Nya. 

"Ya Allah, aku dapat masuk asrama! Yahoo... gembiranya tak payah menyusahkan mak dan ayah aku lagi lepas nih. Alhamdilillah..." Jerit aku dengan penuh kegembiraan saat selesai menelaah intisari surat putih itu.

Ku memanjangkan jejakku ke arah utara Selangor atas niat tidak mahu membebankan orang tuaku. Sekolah dan persekitaran yang baru menggugatkan gelojak jiwaku yang kadang-kadang merintih, meronta adakalapun ketawa.

"Semua lelaki kat asrama ni semua tak berguna! Don't you ever dare to fall in love" Nasihat tegar berbaur ikhlas daripada seorang gadis yang agak muda sedikit padaku.

Ah! Jangan begitu duhai hati... 
Terimalah nasihat itu walau kau tak melakukannya.

Tapi....adakah kutahu yang aku tak akan melakukannya pada masa akan datang?

Moga dijauhkan, Ya Rabb

Bagi aku, Aku tetap diri aku yang sama. Sejak pertama kali aku berteduh di sini sehinggalah ke saat itu, belum pernah ada mana-mana lelaki ajnabi yang berani menyampaikan teguran buatku.

Teguran yang terlalu pedas dan pahit untuk aku terima! Ya Allah, kurniakanlah aku kekuatan untuk menghadapinya...

"Akak...kita ada benda nak cakap ni. Akak jangan terasa tau!" Ujar Hamimi padaku saat aku sedang asyik melarikan mata pena di seluruh ruang kosong dalam buku catatan itu. Suaranya turut kedengaran tenggelam apabila suara penyampai tazkirah malam itu memenuhi ruangan surau itu. 

"Kenapa akak nak marah pulak? Cakap jerr. Insha Allah, akak tak terasa" Balasku tenang tapi hanya Allah saja yang tahu betapa kecamuknya hati ini!

"Tadi kan si Husaini tu ada cakap dengan kita pasal....akak! Erkkk....cam ne ehh nak cakap balik nih?......"

"Takpe. Cakap je, Insha Allah akak tak ambil hati" Hati aku sudah mencorak retakan. Bila-bila masa saja hatiku akan pecah berkepingan saat aku mendengar nama dia. 

Siapakah Husaini di hatiku? Ya! Aku tahu cinta ini untuk dia tapi...apa yang dia ingin sampaikan tentangku?

"Dia cakap akak dah berubah. Dulu...akak masuk asrama ni, akak diam je. Sekarang akak dah borak banyak dengan kawan-kawan. Berubah dari segi attitude sikit...dah macam perempuan-perempuan lain" Terang Mimie panjang namun bait-bait katanya itu seolah belati yang menghunus jantungku.

"...... macam perempuan lain..."
Sepotong ayat yang meninggalkan luka yang dalam. Terlalu dalam buat insan yang sentiasa mencuba untuk menjaga aurat dan ikhtilat tapi seakan-akan dihina sedemikian rupa.

Hatiku sudah pecah berkeping. Serpihan halus yang bertebaran sudah lupa makna bahasa jiwa yang mencintai dalam diam. Butiran halus sudahpun berguguran tanpa sempat menampung genangan air mata yang syahdu. Belakang badanku digosok Mimie sambil menggenggam tanganku dengan erat. Pujukan demi pujukan dibisik halus di pendengaranku.

"Akak...sabarlah kak! Kita dah cakap yang akak mesti nangis. Kita tak nak bagitahu sebenarnya"

Aku membalas dengan gelengan yang lemah. Selemah-lemah kudratku tidak pernah selemah-lemah hati yang merintih sebegini.

"Mimie...bila mana akak dah berubah ke arah keburukan. Tegurlah akak sentiasa agar kita dapat berpimpin tangan bersama-sama menuju redhaNya" Ucapku dengan nada suara yang sedikit sengau disebabkan oleh tangisan itu tadi.

"Insha Allah..."

ADAKAH TANGISANKU ITU BERKALUNG NODA?

      Saat aku disapa cinta yang kononnya bertahtakan iman semata...

Aku cuma insan biasa, gadis yang cuba berusaha memperelokkan cara aku berpakaian. Tudung labuh mulai menjadi perhiasan yang membaluti kepalaku.

Semenjak nukilan teragung sang pendakwah Ustaz Adnin Roslan itu kujadikan sebagai bacaanku, aku seolah-olah dibisikkan...

"Baluti maruahmu itu dengan rasa malu. Sesungguhnya itulah mahkotamu. Saat kau hilang salah satu darinya...ternyata kau sudah hilang segalanya"

Niat aku untuk memperbaharui cara aku berpakaian akhirnya menjadi realiti. Saat aku diuji dengan kemegahan dunia yang sekadar bersajikan kepalsuan sebuah kecantikan, Allah memilih aku untuk berubah. Alhamdulillah....syukur aku tidak terhingga.

Kulangkah ke sekolah menengah yang baru setelah berpindah dengan imej yang lebih sopan. Tapi...adakah ini satu hidayah yang kusangkakan atau sekadar keinginan hati untuk memperindahkan kecantikan atas dasar perhatian?

Kulalui hari-hariku dengan hati yang tenang dan tenteram. Dalam menikmati usia remaja bertemankan nafsu yang petaka, aku merasakan Allah melindungiku kerana tidak pernah walau seorang lelaki datang menghampiriku untuk menghulurkan salam perkenalan.

Ya! Tidak kunafikan aku ini sudah terbiasa untuk tidak berbicara dengan lelaki tanpa ada urusan yang sungguh mustahak.

Syukur aku sekali lagi...

Tapi.... dugaan itu pasti melulu. Tidak sekarang mungkin akan datang. Aku takut bila mana prinsip hidupku jauh dipinggirkan. 

My principle of life is never talk to boys unless the matter is unavoidable!

 _Well, I do look rather weird_

                               Ikhlas dariku,
                                   Nisaa' 

                    TO BE CONTINUED..