Masih kuingat lagi pesanan Ustazah Sumayyah agar sentiasa bersyukur saat dikurniakan walau sekecil manapun nikmat itu. Sesungguhnya, yang baik bagi orang mukmin itu adalah dengan bersyukur.
Aku bersyukur sekali saat aku masih mampu utuh berdiri di bawah lembayung rahmat dan iradat-Nya.
"Ya Allah, aku dapat masuk asrama! Yahoo... gembiranya tak payah menyusahkan mak dan ayah aku lagi lepas nih. Alhamdilillah..." Jerit aku dengan penuh kegembiraan saat selesai menelaah intisari surat putih itu.
Ku memanjangkan jejakku ke arah utara Selangor atas niat tidak mahu membebankan orang tuaku. Sekolah dan persekitaran yang baru menggugatkan gelojak jiwaku yang kadang-kadang merintih, meronta adakalapun ketawa.
"Semua lelaki kat asrama ni semua tak berguna! Don't you ever dare to fall in love" Nasihat tegar berbaur ikhlas daripada seorang gadis yang agak muda sedikit padaku.
Ah! Jangan begitu duhai hati...
Terimalah nasihat itu walau kau tak melakukannya.
Tapi....adakah kutahu yang aku tak akan melakukannya pada masa akan datang?
Moga dijauhkan, Ya Rabb
Bagi aku, Aku tetap diri aku yang sama. Sejak pertama kali aku berteduh di sini sehinggalah ke saat itu, belum pernah ada mana-mana lelaki ajnabi yang berani menyampaikan teguran buatku.
Teguran yang terlalu pedas dan pahit untuk aku terima! Ya Allah, kurniakanlah aku kekuatan untuk menghadapinya...
"Akak...kita ada benda nak cakap ni. Akak jangan terasa tau!" Ujar Hamimi padaku saat aku sedang asyik melarikan mata pena di seluruh ruang kosong dalam buku catatan itu. Suaranya turut kedengaran tenggelam apabila suara penyampai tazkirah malam itu memenuhi ruangan surau itu.
"Kenapa akak nak marah pulak? Cakap jerr. Insha Allah, akak tak terasa" Balasku tenang tapi hanya Allah saja yang tahu betapa kecamuknya hati ini!
"Tadi kan si Husaini tu ada cakap dengan kita pasal....akak! Erkkk....cam ne ehh nak cakap balik nih?......"
"Takpe. Cakap je, Insha Allah akak tak ambil hati" Hati aku sudah mencorak retakan. Bila-bila masa saja hatiku akan pecah berkepingan saat aku mendengar nama dia.
Siapakah Husaini di hatiku? Ya! Aku tahu cinta ini untuk dia tapi...apa yang dia ingin sampaikan tentangku?
"Dia cakap akak dah berubah. Dulu...akak masuk asrama ni, akak diam je. Sekarang akak dah borak banyak dengan kawan-kawan. Berubah dari segi attitude sikit...dah macam perempuan-perempuan lain" Terang Mimie panjang namun bait-bait katanya itu seolah belati yang menghunus jantungku.
"...... macam perempuan lain..."
Sepotong ayat yang meninggalkan luka yang dalam. Terlalu dalam buat insan yang sentiasa mencuba untuk menjaga aurat dan ikhtilat tapi seakan-akan dihina sedemikian rupa.
Hatiku sudah pecah berkeping. Serpihan halus yang bertebaran sudah lupa makna bahasa jiwa yang mencintai dalam diam. Butiran halus sudahpun berguguran tanpa sempat menampung genangan air mata yang syahdu. Belakang badanku digosok Mimie sambil menggenggam tanganku dengan erat. Pujukan demi pujukan dibisik halus di pendengaranku.
"Akak...sabarlah kak! Kita dah cakap yang akak mesti nangis. Kita tak nak bagitahu sebenarnya"
Aku membalas dengan gelengan yang lemah. Selemah-lemah kudratku tidak pernah selemah-lemah hati yang merintih sebegini.
"Mimie...bila mana akak dah berubah ke arah keburukan. Tegurlah akak sentiasa agar kita dapat berpimpin tangan bersama-sama menuju redhaNya" Ucapku dengan nada suara yang sedikit sengau disebabkan oleh tangisan itu tadi.
"Insha Allah..."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan